Cinta Palsu
Pertengahan 2014, aku telah diterima masuk ke sebuah kolej
matrikulasi di bahagian utara Malaysia. Pertama kali berjauhan dengan keluarga.
Semuanya normal. Pergi kelas, balik kelas. Sehinggalah tiba bulan Ramadan, aku
sambut bulan puasa sebulan di kolej. Dua hari sebelum raya baru balik.
Ceritanya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki sewaktu tu. Yang aku ingat,
aku mula tertarik dengan dia bila waktu tu solat terawikh, dia baca takbir
selang setiap solat. Suara dia bertenaga dan jelas. Kalau mengantuk masa solat
pun boleh segar dengan kekuatan suara dia tu. Aku rasa itulah bulan puasa yang
paling bermakna dalam hidup aku. Sebab bila aku kat rumah aku tak berkesempatan
pun nak buat solat terawikh dan sebagainya sebab sibuk tolong mak aku berniaga.
Aku ingatkan normal lah tu suka dia. Budak baik kan. Tapi
makin lama, perasaan aku pada dia jadi makin serius. Aku jenis kalau dah suka
sesuatu, boleh jadi sampai obses. Yeah, aku obses pada dia. Aku gilakan dia.
Aku nak dia jadi suami aku. Gila apatah. Sebab dia baik dan sangat baik. Haha.
Dia budak surau. Memang selalu nampak muka dia la kat surau. Aku tahu satu-satunya cara untuk aku dekat dengan dia adalah dengan pergi ke surau. Jadi semenjak habis cuti raya, aku banyak luangkan masa aku di surau. Kalau hari cuti, boleh kata satu hari aku duduk di surau. Sebab setiap kali waktu solat, dia akan solat dekat surau. Surau tempat aku pulak jenis terdedah. Bahagian tepi ruang solat perempuan tak ada langsir. Jadi boleh nampak dengan jelas budak lelaki lalu lalang dekat tepi surau untuk ambil wuduk. Dan aku memang selalu tanpa sengaja tertengok dia. Haha.
Waktu tu aku selalu nafikan dalam hati bila aku sedar aku
pergi surau sebab dia. Aku fikir aku buat ni sebab Allah. Aku sorok kenyataan
tu daripada diri aku sendiri. Aku jadi terlampau baik masa tu. Aku berubah.
Tapi aku tak berubah kerana Allah. Aku berubah sebab aku nakkan dia.
Kalau kita berubah untuk jadi lebih baik bukan kerana Allah, percayalah perubahan tu takkan kekal. Semuanya sia-sia je. Sebab itulah yang terjadi pada aku. Bila tanpa sengaja budak kelas tahu aku suka dia, aku jadi takut sendiri. Aku takut diorang judge aku. Aku takut kalau-kalau terdetik dalam hati diorang, budak ni rajin pergi surau sebab lelaki je rupanya.
Aku ambil jalan mudah, aku berhenti pergi surau dalam 2
bulan terakhir dekat kolej. Aku sendiri tak tahu keputusan yang aku ambil tu betul
ke tak. Sebab tu kalau kita nak berubah ni jangan kerana manusia. Sebab manusia
tu sendiri sifatnya suka berubah-ubah. Tak tetap.
Itu dulu. Kalau dulu, aku diuji dengan si soleh. Sekarang,
aku diuji lagi. Tapi aku diuji bila aku jatuh cinta pada pemaksiat. Semuanya
gara-gara aku sendiri juga. Aku pernah gah dulu kerana aku tak suka dengar
hiburan yang melalaikan. Mungkin aku terlalu bangga diri. Jadi sekarang aku
diuji. Dan masih diuji.
Aku obses pada artis. Hari-hari aku dengar lagu, tengok
video, baca novel (fanfiction) pasal artis yang aku suka. Aku ada dalam dunia
aku sendiri. Sampai kadang-kadang aku fikir, hanya diorang yang boleh buat aku
gembira. Kalau aku rasa sunyi, aku akan bukak youtube dan layan video pasal
diorang sampai berjam-jam. Aku mula fikir takde orang yang faham perasaan aku.
Aku mula rasa awkward bila kena jumpa orang. Sebab aku dah biasa hidup dalam
angan-angan.
Yasmin Mogahed pernah cakap, “The moment we love anything
more than our creator, that thing we love more.. will become the cause of our
greatest pain.”
Dan seperti biasa, aku nafikan perasaan aku sendiri lagi.
Aku sepatutnya berhenti sekarang. Berhenti mencintai orang yang tak sepatutnya.
Tapi aku degil. Aku tahu satu hari nanti aku akan terluka kerana diorang.
Yang menakutkan aku sekarang ni bila aku tak berhenti baca
fanfiction. Apa yang kita baca akan mempengaruhi cara kita berfikir. Aku boleh
kata aku banyak baca cerita berkisar tentang LGBT. Aku baca, tapi aku masih
rasa jijik dengan benda tu. Yang aku takut sekarang kalau Allah uji aku lagi.
Setakat ni aku masih normal tapi aku takut satu hari nanti aku berperasaan
songsang. Semoga Allah jauhkan. Aku masih sayang agama aku. Dan moga aku takkan
menggadaikannya untuk sesuatu yang tak berbaloi.
Cara aku berfikir sekarang jadi lain sejak dua menjak ni.
Aku rasa aku terlampau terdedah dengan golongan LGBT ni. Maksud aku, kalau
tengok sekarang ni sangat banyak artis Hollywood lelaki yang jadi gay. Aku mula
fikir menjadi gay itu kebiasaan. Aku harap aku mampu meneutralkan semula cara
aku berfikir nanti.
Aku belum terfikir untuk berhenti dengan obsesi aku ni dalam
masa terdekat. Entahlah. Macam mana kalau Allah tarik nyawa aku masa aku sibuk
cintakan dunia? Hati aku degil. Aku berkeras nak kekal dengan semua ni. Aku gagal
mendidik hati aku sendiri. Aku gagal kawal nafsu aku.
Moga satu hari nanti hati
aku kuat semula untuk keluar dari semua masalah ni.
Doakan aku.

fuhhhh.. perkongsian yang menarikkk..
ReplyDeleteThanks sis. Haha.
Delete