AA
Dah dua kali aku terperasan seorang lelaki ni masa makan kat
kafe. Muka dia, cara jalan dia. Buat aku teringat dekat lelaki yang aku suka
masa dekat matrik dulu. Aku asyik tengok lelaki tu. Sebijik.
Lepastu aku nampak dia beli air. Lepas bayar, dia jalan ke
meja tempat dia letak makanan sambil minum air yang dia baru beli tu. Aku terus
tersentap sendiri dalam hati masa tu.
Sebab dia yang aku kenal tak minum air sambil jalan. Atau minum pakai
tangan kiri. Malah tak makan pakai sudu. Kecuali bila betul-betul perlu
(contohnya makanan berkuah).
Sampai sekarang aku masih kagum cara dia amalkan Sunnah.
Aku masih ingat masa dekat matrik dulu, dia pernah cakap
satu ayat ni yang sampai sekarang aku semat dalam hati.
“Kita kata kita cinta nabi, tapi kita tak ikut sunnah-sunnah
Baginda.”
Pernah sekali tu, aku pergi sarapan. Haritu Dewan Selera(DS)
masak nasi goreng. Biasalah kan pagi-pagi orang makan nasi goreng pakai sudu.
Tapi aku nampak dia makan pakai tangan.
Lepastu masa jamuan sempena nak habis matrik. Ditakdirkan
aku duduk sebelah meja dia. Menghadap dia pulak tu (dalam hati berbunga-bunga).
Standard kot, dinner semua orang makan pakai sudu. Dia boleh relaks makan pakai
tangan. Kagum betul aku.
Aku tak pernah jumpa lelaki macam dia. Aku suka cara dia
bawa agama dalam diri dia. Aku suka dia bukan sebab dia nampak sempurna. Malah aku
dah nampak sendiri kekurangan dia, tapi hati aku tetap rasa aku boleh terima
semua tu.
Dia bukan sejenis soleh dari kecik. Kawan aku cerita masa
mula-mula masuk matrik dulu dia satu LDK dengan lelaki yang aku suka ni. Kawan
aku cakap dia berbeza gila masatu. Bergaul dengan perempuan pun tak letak batas
sangat. Tapi lepas beberapa bulan dekat kolej ni, dia berubah. Pernah je masa
dia bagi tazkirah, dia cerita kisah dia sebelum masuk matrik. Memang berbeza
la. Bukan macam dia yang kat matrik. Dia cuma budak biasa. Tapi dia berubah
jadi seorang yang baik. Dan aku kagum dengan dia sampai sekarang.
Aku rindu dia. Dah 13 bulan semenjak kali terakhir aku
nampak dia. Perasaan aku tak lah sekuat dulu. Tapi aku tak dapat nafi, masih
ada. Kadang-kadang aku tertengok Facebook dia, dan dia masih aktif dalam
persatuan-persatuan agama ni. Aku je yang kelaut.
Dalam banyak-banyak laki yang aku suka, yang ini lah yang
aku bagitahu terperinci pasal dia kat mak aku. Mak aku sempoi gak. Siap marah
lagi bila tahu aku tak bagitahu pun dekat laki tu yang aku sukakan dia. Manusia
spesies macam aku ni memang tak lah kot nak bagitahu kat lelaki tu yang kita sukakan
dia. Gila apa. Kawan-kawan aku pon sama jela sejenis.
Bila agaknya aku dapat jumpa dia lagi? Aku tahu mungkin
takkan jumpa agaknya sampai bila-bila. Tapi aku percaya kalau ada jodoh, pasti
jumpa jugak. Kadang-kadang terasa jugak nak email dia bagitahu aku suka
dia(hahahahahahhaha), tapi takpayah la kot macam merepek je.
Mungkin aku patut istikharah balik, sebab dulu aku pena
buat dan perasaannya agak positif. Haha.
Jujurnya, aku bukan perlukan dia untuk aku je. Aku perlukan
orang macam dia untuk bimbing aku, dan keluarga aku. Aku rasa dalam sistem
keluarga aku ni banyak sangat yang perlu dibetulkan. Banyak cara pemikiran yang
perlu diubah. Walaupun aku tahu keluarga aku ada buat silap, aku tak berani nak
tegur. Tak terluah kat mulut ni. Jadi aku cuma harapkan siapa yang bakal
berkahwin dengan aku tu jela yang boleh tolong aku.
Kepada AA, kalau saya mampu bercakap dengan awak sekarang
ni, hm..
Jom kita kawen?

Comments
Post a Comment