"Hello bepop, datang lah rumah aku. Bosan ni."
Seperti biasa. Panggilan yang memang saban petang aku terima dari rakan aku. Rakan yang sangat akrab dengan aku sejak aku berusia kurang lebih 4 tahun. Yang gaduh dan tawanya bersama.
Dan seperti biasa aku akan mengayuh basikal dan pergi ke rumahnya yang tidaklah berapa jauh dari rumah aku. Lepak. Dengar lagu. Berbual. Tengok tv. 
Aku tak pernah jemu. Walau kadang banyak kali aku dikhianati, aku tetap ada setiap kali dia memanggil aku datang ke rumahnya.
Cukup aku gelarkannya sebagai Y, setahun lebih muda dari aku.
Itu rakan aku yang pertama. Yang kedua yang ingin aku kenalkan ialah S. Lelaki yang berusia setahun lebih tua dari aku. Yang boleh aku kata pertemuan antara kami takkan lengkap tanpa ada dia. Cukup lawak. Dan kadangkala lawaknya tak berapa menyenangkan juga.
Ada lagi dua orang. Tapi cukuplah aku perkenalkan yang dua ini sahaja. Kerana mereka watak utama yang mencorak hidup aku kurang lebih selama hampir 3 tahun. 3 tahun di mana aku sangat rapat dengan mereka.

Sepanjang tiga tahun itu mereka cemari dengan pelbagai perkara kotor. Salah aku kerana terlalu naif. Aku biar mereka meracun minda aku. Aku biar mereka hancurkan kehidupan aku yang sekarang. Mereka racun minda aku dengan melihat kepada yang haram. Mendengar kepada yang haram. Dan menuju kepada yang haram.

Kalau boleh aku minta dari Allah. Aku mahu pulang ke waktu dulu. Waktu mereka cemarkan pemikiran aku! Tapi semuanya dah terlambat. Waktu yang berlalu tak akan kembali.
Tahun demi tahun. Aku menyesali perkara yang sama. Hinggalah sekarang, waktu umurku hampir mencecah 20 tahun.
Aku sedar. Aku tak boleh nak salahkan mereka sepenuhnya. Kerana mereka memulakan, dan aku yang menambah kepincangan ini sendiri.
Dan aku masih bersyukur bila Dia masih sudi selamatkan aku dari terus larut bersama mereka. Dia tarik aku dari keserabutan ni. Dan aku selamat. Tapi aku biarkan mereka tenggelam. Aku tak selamatkan mereka!
Kesilapan besar aku adalah aku tak selamatkan mereka! Sehingga kini.

Aku tak lagi bersama mereka. Kami semakin jauh. Tapi aku masih memerhatikan mereka melalui laman sosial. Aku sedih. Kecewa. Manusia yang membesar bersama-sama dengan aku jauh berubah. Malah semakin pincang.
Menambah kekecewaan aku bila aku tak mampu untuk buat apa-apa. Aku tak mampu nak tolong. Dalam hati terdetik rasa takut kalau-kalau mereka mempersoalkan semua ini di akhirat nanti.

Kesimpulan dari semua ni sebenarnya adalah, pilihlah kawan yang baik. Sekali tersalah pilih, kesannya nanti akan buat kita sendiri yang susah. Aku tak nak kata mereka adalah satu kesilapan. Mereka adalah pengajaran untuk aku. Dan mungkin untuk orang lain.

Tolong doakan untuk mereka, bekas sahabat aku.






Comments

Post a Comment

Popular Posts